BANGKOK – Seekor ular gergasi dilihat menyusur dalam air banjir sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk di selatan Thailand, lapor akhbar Bangkok Post hari ini.
Satu rakaman video menunjukkan reptilia dipercayai ular sawa itu dimuat naik di platform Instagram akhbar tersebut.
Dalam rakaman itu, perut haiwan itu kelihatan besar, menunjukkan bahawa ia mungkin baru selesai menelan seekor anjing.
Namun, ramai pengguna media sosial menganggap bahawa reptilia itu sudah mati, manakala pergerakannya mungkin disebabkan oleh arus air banjir.
Sementara itu, lebih 30,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat banjir teruk di selatan Thailand, di mana angka kematian meningkat kepada lebih 28 orang.
Hujan lebat diramal berlaku beberapa hari lagi, yang telah menyebabkan banjir kilat dengan lebih 155,000 isi rumah terjejas di selatan Thailand. – AGENSI/AFP