fbpx

Tiada stadium baharu untuk Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk membina stadium mahupun fasiliti sukan yang baharu bagi tujuan penganjuran Sukan SEA 2027.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, kerajaan sebaliknya akan menaik taraf kemudahan sukan sedia ada selepas kordinasi dan perbincangan dilakukan.

“Kementerian ini akan mengadakan mesyuarat bersama kerajaan-kerajaan negeri setelah penubuhan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Roy Angau anak Gingkoi (GPS-Lubok Antu) apakah rancangan kerajaan untuk menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di Sarawak sempena penganjuran Sukan SEA 2027.

Sementara itu, Adam Adli menjelaskan, atlet dalam negara termasuk atlet wanita bebas berpakaian mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.

“Ada yang patuh syarak dan ada yang lebih terbuka,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya namun tidak ada halangan terhadap sebarang syarat pemakaian yang dikenakan oleh mana-mana penganjur sukan dan kerajaan negeri.

“Kita beri laluan kepada mana-mana penganjur letak sedikit sebanyak syarat pemakaian dan sebagainya. Ini sudah jadi kompromi kita semua selagi tidak menjejaskan prestasi atlet dan dipersetujui semua.

“Kita tidak ada sebarang pandangan negatif terhadap cadangan-cadangan sedemikian. Kalau ada negeri letak syarat, tetapi dengan syarat ia dibincangkan dan dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) sama ada kerajaan bercadang menetapkan garis panduan berpakaian khususnya untuk atlet wanita muslim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI