fbpx

Tiada kesan tayar pada tubuh dan pakaian Muhammad Zaharif – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh prosiding perbicaraan kes bunuh Zaharif, Gambar Fail

IPOH – Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa tiada sebarang kesan tayar pada badan dan pakaian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

Saksi pendakwaan ke-24, Dr Ain Nurfarahana Hamdan, 35, berkata, sekiranya terdapat kesan tayar, maklumat tersebut akan diperincikan dalam laporan bedah siasat yang disediakannya.

“Kalau ada, saya akan menulisnya di dalam laporan bedah siasat,” katanya ketika memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam bela, M. Athimulan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam pemeriksaan balas seterusnya, saksi memberitahu mahkamah bahawa dia juga tidak diberitahu oleh pegawai penyiasat yang badan mangsa digilis dua tayar kereta.

Dalam pada itu, Dr. Ain Nurfarahana tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa kematian Muhammad Zaharif adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Jelasnya, penentuan cara kematian perlu siasatan secara menyeluruh dan tidak bergantung hanya kepada hasil bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI