fbpx

The Weeknd ‘ditolak’ Cinta Laura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cinta Laura (kiri) mendedahkan pernah 'diganggu' The Weeknd.

TIDAK mudah digula-gulakan, pelakon Seberang, Cinta Laura sanggup menolak pelawaan penyanyi Amerika Syarikat, The Weeknd yang pernah mempelawanya menghabiskan masa bersama-sama.

Ketika kejadian, pelakon terbabit berhibur dengan rakannya di sebuah pusat hiburan di Los Angeles sekitar tahun 2015.

Aktres berdarah campuran Indonesia-Jerman itu mendedahkan, penyanyi merangkap komposer terbabit yang berada di kelab sama memerhatikan setiap langkahnya.

Lebih mengejutkan apabila secara tiba-tiba pengawal peribadi The Weeknd menghampiri dan mengundangnya duduk di meja selebriti terbabit.

Begitupun, Cinta Laura menolak pelawaan itu secara baik demi mengelakkan risiko berada dalam situasi yang boleh mengundang masalah.

Menurutnya, keputusan diambil berdasarkan nilai yang dipegang iaitu bukan hanya demi maruah diri dan tidak mahu terjerat masalah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI