fbpx

‘Tergamak seorang suami paksa isteri gugurkan anak sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas isteri pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam tempoh dua tahun perkahwinannya.

PETALING JAYA – Baru sebulan mengumumkan perceraian, bekas isteri pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam tempoh dua tahun perkahwinannya.

Dedah Azzahra, dia sudah tidak mampu lagi untuk menyimpan aib Jay dan rumah tangganya sebelum ini selain berharap pelakon itu berhenti merosakkan hidupnya dan beberapa wanita lain.

“Orang cakap saya tidak cukup sabar kerana baru dua tahun kahwin sudah mahu berpisah tetapi sanggupkah anda dimaki hamun dan dibelasah walaupun baru kahwin selama tiga bulan?

“Zahnita mungkin kuat 20 tahun tetapi saya cukuplah dua tahun dengan dia. Tergamak seorang suami memaksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna seperti dia sahaja sanggup lakukannya,” katanya dalam Instagram.

Tidak dapat menahan marah, dia berkata Jay sepatutnya diberkas pihak berkuasa namun dia sanggup tidak membuat laporan polis kerana memikirkan imej bekas suaminya itu sebagai pelakon.

Kongsinya lagi, akibat keganasan rumah tangga tersebut, kesihatan mentalnya turut terganggu malah mendedahkan pernah hampir mencabut nyawa sendiri.

“Sepatutnya sudah lama dia diberkas tetapi sebab saya ada ihsan lagi nak jaga nama periuk nasi, saya tidak buat laporan polis. Terima kasih atas apa dia sudah buat pada saya dan anak yang dia bunuh!

“Hidup hancur sebab saya mengalami depresi, hampir nak gila dan mahu cabut nyawa sendiri selama menjadi isteri Ahmad Iswazir.

“Cukuplah sakitkan saya dan berhentilah jangan tambah lagi perempuan lain yang kau mahu jahanamkan hidup mereka,” jelasnya.

Azzahra juga menyifatkan Jay mempunyai personaliti berbeza ketika di luar rumah bersama kawan-kawan iaitu sebagai seorang yang kelakar namun sebaliknya dipamerkan di rumah.

“Depan kawan-kawan adalah seorang periang tetapi yang hadap panas baran di rumah hanya aku. Sekarang ini ketika masih dalam tempoh idah pun kau masih ada hati mahu mencari mangsa baharu.

“Tolonglah mana-mana wanita, jangan tertipu dengan lakonan dia kalau tak mahu hidup hancur seperti saya. Tidak mudah lelaki narsisistik sebegini hendak berubah.

“Saya juga tidak pernah meminta dan berkira tentang nafkah selama bergelar isteri sebab faham dia tiada tawaran lakonan tetapi perangai biarlah elok, jangan menjadi gila tak bertempat untuk maki hamun segala-galanya. Kena sedar diri kau itu,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, dia turut berdoa agar pelakon itu diberikan balasan setimpal atas semua perkara buruk yang sudah dilakukan terhadapnya sebelum ini.

“Mentang-mentanglah saya tiada ibu bapa dan tempat bergantung, kau tergamak lakukan begini, seperti sampah serta tiada harga pada mata kau.

“Saya cuba utk reda dengan ujian ini tetapi tewas dengan apa yang dia lakukan buat kesekian kalinya ini.

“Sangat sakit ya Allah, hanya Engkau yang mampu memberi balasan atas segala perbuatan jahatnya selama ini dan hingga kesaat ini,” ujarnya lagi.

2 November lalu, Azzahra mengumumkan perceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan aktor berkenaan.

Tanpa berkongsi punca perpisahan, Azzahra yang juga pelakon dalam satu hantaran Instagram berkata, perkara duka tersebut dikongsi kepada umum bagi mengelakkan salah faham atau fitnah.

Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2022 dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI