fbpx

Tak sampai dua minggu, lesap RM48,085

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANGKAK – Seorang pekerja sektor swasta kerugian RM48,085 akibat terperdaya dengan tawaran rakan kongsi skim pelaburan saham arak tidak wujud yang disertainya selepas menerima satu pautan WhatsApp daripada lelaki Cina pada awal Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd.Talib, pihaknya menerima laporan polis pada 1 Disember lalu yang dibuat oleh mangsa warga tempatan berusia 50an berhubung kejadian itu.

“Mangsa menerima mesej WhatsApp daripada individu memperkenalkan diri kononnya wakil syarikat arak yang memerlukan rakan kongsi untuk pelaburan saham dengan menjanjikan pulangan keuntungan 80 peratus.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan bersetuju menjadi rakan kongsi membuat pelaburan itu dan melakukan 10 transaksi ke tiga akaun berbeza diberikan antara 1 hingga 11 November lalu dengan jumlah keseluruhan modal sebanyak RM48,085,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Roslan, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila dia gagal menghubungi suspek bagi tujuan pengeluaran wang keuntungan 80 peratus seperti dijanjikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI