fbpx

‘Suka buat fitnah’ – Elfira Loy nafi rumah tangga bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfira menafikan dakwaan sebilangan pihak yang mengatakan rumah tangganya kini bermasalah.

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy kesal apabila perkongsiannya tentang rasa sedih dalam media sosial baru-baru ini disalah tafsir segelintir pihak sehingga ada yang beranggapan rumah tangganya bermasalah.

Menepis tuduhan tersebut, Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, menegaskan perkongsian mengenai kesedihan tiada kaitan dengan rumah tangganya malah kecewa apabila menjadi mangsa fitnah platform portal dalam media sosial.

“Suka hati sahaja dia nak kaitkan dengan rumah tangga. Memang suka mendatangkan fitnah ke?

“Orang perlu tahu yang perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja. Banyak benda boleh buat rasa sedih.

“Contohnya pengorbanan karier, kawan menjauh, kena fitnah atau tak dapat buat apa yang dia suka disebabkan orang lain,” katanya dalam Instagram.

Dalam perkongsian berbeza, dia juga memuat naik tangkap layar hantaran berita bertajuk ‘Saya hanya perlu bersabar dan jangan berharap pada manusia’ yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Geram membaca komen buruk netizen, Elfira meminta agar mana-mana pihak berhenti menyebarkan kata-kata yang memburukkan dirinya.

“Berhentilah! Perlu muat naik gambar bercium (dengan suami) ke baru nak percaya?

“Kepada netizen yang tambah perisa dalam ruangan komen, memang teringin sangat nak rasa panas api neraka? Mulut itu macam tak boleh nak cakap baik-baik,” katanya lagi.

Menerusi hantaran berbeza, dia juga melahirkan rasa kecewa apabila masih wujud pihak yang cuba memutar belit kenyataannya dalam media sosial sehingga menjadi bahan fitnah netizen.

“Apabila anda fikir sudah melakukan sesuatu yang tepat, pasti akan ada pihak yang cuba mengeksploitasi dan menghancurkannya.

“Tidak kecewa dengan apa yang berlaku kepada saya tetapi sedih kerana masih ramai orang yang tanpa segan silu bercakap buruk tentang orang lain secara terbuka.

“Lebih sedih apabila terdapat pihak yang mengundang kata-kata buruk orang ramai. Semoga Allah SWT membimbing anda untuk sentiasa bercakap jujur ​​dan mengelakkan fitnah,” ujarnya.

Semalam, perkongsian bintang drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu memuat naik hantaran berbaur sedih dan kecewa sehingga ramai mula beranggapan sedang melalui kemelut rumah tangga dengan suami, Muhammad Faris Khairul Anuar.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaiti Muhammad Rayyan Khalaf, 4, dan Nur Aria Mikayla yang berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI