KUANTAN – Suami kepada bekas model popular, Zahnita Dorothy Hussein Wilson akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Kuantan di sini.
Suspek berusia 46 tahun yang dikatakan turut didapati positif dadah sebelum ini ditahan reman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan bekas model popular, Zahnita yang mendakwa dia dikasari suami dengan memuat naik gambar mata lebam.
Lebih mengejutkan pelakon Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja itu turut mengakui sudah 20 tahun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.-KOSMO! ONLINE