fbpx

Rugi RM1.55 juta, 10 balai dan empat pondok polis tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar (duduk, dua dari kanan) mendengar taklimat Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat di Pos Kawalan Operasi Bencana Banjir di Balai Polis Repek, Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Polis Kelantan mengalami kerugian berjumlah RM1.55 juta selepas 10 buah balai dan empat pondok polis tenggelam akibat banjir.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, bagaimanapun berkata, jumlah itu merupakan anggaran awal dan nilai tepat berkait kerugian itu akan diperoleh selepas banjir surut sepenuhnya nanti.

“Sebanyak 10 buah balai dan empat pondok polis telah ditenggelami banjir. Itu merupakan jumlah kerugian yang dialami polis Kelantan dan tidak termasuk agensi lain.

“Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan bancian lanjut berkait kerosakan balai dan pondok di negeri lain,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pos Kawalan Operasi Bencana Banjir di Balai Polis Repek, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI