fbpx

Remaja bercinta dengan isteri orang maut ditikam 20 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Angkara cemburu buta menjadi punca seorang remaja lelaki Myanmar dibunuh secara kejam dengan lebih 20 tikaman di belakang sebuah pasaraya di Taman Klang Utama, dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.58 malam, mangsa berusia 16 tahun ditikam di hampir seluruh badan termasuk leher.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, polis yang menerima maklumat kira-kira pukul 12. 30 tengah malam kelmarin dengan pemeriksaan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, susulan itu polis berjaya menangkap lima suspek lelaki Myanmar berusia 25 hingga 40 tahun pada tengah malam hari yang sama di sekitar daerah ini.

“Semakan mendapati mangsa bekerja sebagai pekerja am di salah sebuah kedai runcit di lokasi tersebut.

“Setakat ini, punca dipercayai akibat cemburu salah seorang suspek yang menyangka isterinya menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa itu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau memaklumkan, semasa kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja yang jaraknya kira-kira satu kilometer (km).

Ini susulan penemuan basikal yang digunakan mangsa.

“Semakan mendapati isteri salah seorang suspek tersebut turut bekerja di tempat sama dengan mangsa. Wanita tersebut berusia 35 tahun dan kesemua suspek serta mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap,” jelasnya.

Kata Vijaya Rao, polis turut merampas telefon bimbit milik kesemua suspek dan usaha giat dilakukan dalam mengesan senjata digunakan dalam kejadian tersebut.

“Lima suspek itu kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI