fbpx

Rakyat Palestin belanja shawarma buat mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abe Lah yang juga rakyat Palestin menyumbang shawarma untuk mangsa banjir di Kelantan.

PETALING JAYA – Seorang peniaga shawarma yang juga rakyat Palestin tidak terkecuali membantu mangsa banjir di Kelantan dengan pemberian makanan tradisi Arab yang turut terkenal dan digemari penduduk negara ini.

Abdallah Ismail yang lebih dikenali sebagai Abe Lah serta fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan bersama isteri yang juga rakyat Malaysia, menyumbang shawarma kepada mangsa banjir tersebut.

Dia yang menjalankan perniagaan di Kota Bharu menghantar sumbangan di pusat pengumpulan dikendalikan oleh usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Khairul Aming sempat berbual dengan lelaki Palestin tersebut serta berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan.

“Hari ni dapat sumbangan Abe Lah dengan wife. Abe Lah ‘share’ (kongsi rezeki) dia nak derma arwah mak cik yang syahid dekat Gaza tiga hari lepas sebab kesejukan dan kelaparan.

“Tak pe syurga, syura, syurga untuk arwah nanti,” katanya pada video yang tular di media sosial.

Kebaikan Abe Lah mendapat perhatian pengguna TikTok yang turut bersedih dengan kehidupan rakyat Palestin ketika ini yang terus menerus dibantai Zionis Israel.

“Tengok muka dia pun nampak tahan kesedihan. Semoga arwah mak ciknya tenang di sana,” komen NFI.

“Alhamdulillah, terima kasih dan al-Fatihah pada mak cik Abe Lah yang syahid di Gaza,” kata Cangkul.

“Tak pernah tak sebak dengan saudara kita di Palestin. Ya Allah kau kurniakan kemenangan atas Palestin,” kata ctazimah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI