KOTA BHARU – Penyiapan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok menjadi salah satu langkah untuk menangani limpahan air banjir dari Narathiwat, Thailand yang turut memberi kesan kepada Rantau Panjang dan Pasir Mas dekat sini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau sedia maklum mengenai limpahan air banjir dari negara jiran itu yang melimpah dari atas benteng di tening Sungai Golok (sebelah Thailand) sehingga memburukkan lagi situasi banjir di kawasan sempadan negara.
Menurutnya, penyiapan PLSB Sungai Golok adalah sangat penting dalam mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan disusuli dengan perkaralain yang memerlukan perbincangan antara kedua-dua negara.
“Saya ingat itu merupakan suatu perkara yang penting (penyiapan PLSB Sungai Golok). Perkara lain kita perlu berbincang terlebih dahulu dengan negara Thailand.
“Selepas itu, kita akan lihat langkah-langkah bersama yang boleh diambil, katanya pada sidang akhbar semasa Program Lawatan Tinjauan Bencana Monsun Timur Laut di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE