fbpx

Pinjam along ketagih main judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANG (dua kiri) mengadakan sidang akhbar mewakili keluarga untuk memutuskan hubungan kekeluargaan dengan adik lelakinya yang ketagih judi sehingga diburu along.

JOHOR BAHRU – Sebuah keluarga nekad memutuskan hubungan dengan anak lelaki berusia 27 tahun apabila berterusan menjadi ketagih kepada judi sehingga meminjam along berjumlah ratusan ribu.

Anak perempuan sulung keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Ang, 30, berkata, ketagihan judi adiknya itu telah merosakkan hubungan mereka sekeluarga akibat kerap diganggu sindiket along.

Katanya, wang simpanan termasuk wang insurans mendiang bapa mereka juga telah dihabiskan untuk membayar hutang akibat tabiat buruk lelaki berkenaan.

“Kami mengesan ketagihan judi atas talian dia pada tahun 2018, ketika itu dia melarikan diri dari rumah kerana diburu along setelah meminjam wang sebanyak RM200,000.

“Pada ketika itu, ibu kami terpaksa menjual kereta arwah bapa kami, serta menggunakan wang simpanan dan wang insurans mendiang bapa untuk menjelaskan hutang tersebut,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat MCA Johor, di sini hari ini.

Tambah Ang, ketagihan judi adiknya itu tidak terhenti sebaliknya dia masih terus berhutang dengan along memaksa ahli keluarga yang lain membayar hutang tersebut.

“Terbaru, kami terkejut apabila mendapati dia lagi sekali diburu along kerana berhutang sebanyak RM180,000. Dia telah melarikan diri lagi sekali dan kami sekeluarga sudah tidak tahan dengan keadaan itu,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI