fbpx

Pelajar SPM hilang, polis kesan keberadaan Mohamad Jaffan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Jaffan dilaporkan hilang sejak semalam.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pelajar tingkatan 5, Mohamad Jaffan Al Qharezme Mohamad Jalil, 17, yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja itu pada pukul 9.11 malam.

“Mangsa sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah di Kepong.

“Kali terakhir mangsa dilihat semalam oleh rakan mangsa pada waktu pulang dari sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pakaian terakhir mangsa adalah pakaian sukan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan usaha mengesan mangsa sedang dijalankan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI