fbpx

Negeri terjejas banjir, jaga-jaga gelombang baharu – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan kemungkinan berlakunya gelombang baharu banjir terutama di negeri-negeri yang terjejas banjir baru-baru ini.

Menurut Anwar setakat ini, trend jumlah mangsa di beberapa negeri semakin berkurang terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Mudah-mudahan insya-Allah kita dapat kawal,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani Untuk Mangsa Banjir di sini, hari ini.

Beliau juga telah mengarahkan agensi berkaitan supaya bersiap sedia dan mengambil langkah waspada berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI