fbpx

Negara sedang hadapi isu penghidap diabetes sangat tinggi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, negara sedang berhadapan dengan isu penghidap diabetes yang sangat tinggi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia juga antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah amat tinggi.

Justeru, Perdana Menteri mahu semua pihak mula mengambil serius saranan beliau untuk mengurangkan pengambilan gula.

“Peringkat negeri dulu Kelantan (kes diabetes tinggi), kemudian Kedah sebelum Negeri Sembilan ambil alih. Janganlah kita berlumba-lumba untuk penyakit ini.

“Langkah ini (kurangkan pengambilan gula) cara munasabah untuk mengelak keterlanjuran dan saya harap perkara ini dianggap serius,” katanya ketika membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Negara di sini hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mencadangkan premis makanan dalam bangunan Parlimen menurunkan sehingga 50 peratus kandungan gula dalam minuman dihidangkan.

Menurut beliau, langkah itu telah dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri dan ia wajar dilakukan di Parlimen kerana Ahli Parlimen harus menjadi contoh kepada rakyat.

Beliau turut menegaskan, saranan dan cadangannya itu bukan kerana langkah kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI