fbpx

Media sosial, pempengaruh bantu promosi industri pelancongan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiong King Sing bersama Penganjur ASIA2024, Abd. Rahman Soltan dan hampir 60 pempengaruh dari sembilan negara termasuk Malaysia pada Majlis Makan Malam ASIA2024 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Media sosial dan pempengaruh memainkan peranan besar dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan negara selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihak kementerian juga menggunakan platform media sosial dan khidmat pempengaruh sebagai usaha menarik minat generasi muda dalam serta luar negara.

“Kita harus akui, media sosial dan pempengaruh adalah satu platform mustahak untuk kita. Dalam promosi pelancongan, kita guna semua platform media sosial kerana sedar kepentingannya.

“Ini adalah platform utama untuk sektor pelancongan selain media arus perdana,” katanya ketika ditemui di Majlis Makan Malam All Star Influencer Award (ASIA) 2024 di sini semalam.

Turut hadir Penganjur ASIA2024, Datuk Abd. Rahman Soltan dan 60 pempengaruh dari sembilan negara antaranya Malaysia, Indonesia, Jepun, Filipina, Taiwan, Korea Selatan dan China.

Dalam pada itu, mengulas berhubung penganjuran ASIA2024, King Sing berkata, kehadiran 60 pempengaruh dari sembilan negara menyokong anugerah tersebut dilihat sebagai usaha baik dalam mempromosikan negara.

Sementara itu, Abd. Rahman, ASIA 2024 yang bakal berlangsung 7 Disember ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan menghasilkan kandungan bermanfaat dan berkualiti selain menghimpunkan bakat serta pengaruh digital dari pelbagai latar belakang budaya.

“Peserta dengan jutaan pengikut akan menyertai aktiviti seni dan budaya di Melaka. Kandungan video yang dihasilkan memfokuskan keindahan dan kepelbagaian budaya Malaysia, yang dapat menarik perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia.

ASIA edisi kedua ini turut menampilkan 13 kategori pertandingan, antaranya Best Storyteller Award, Best Culture Curator Award, dan Best Transition/Editing Award. Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai dan trofi eksklusif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI