fbpx

Mangsa banjir terus menurun kepada 62,947 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 62,947 mangsa banjir terdiri daripada 19,310 keluarga direkodkan pada petang ini, menurun berbanding pagi tadi yang mencatatkan seramai 65,822 orang.

Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 41,847 mangsa banjir (13,457 keluarga) direkodkan di Kelantan.

Ia diikuti oleh Terengganu dengan 13,336 mangsa (3,427 keluarga), Pahang seramai 53 mangsa (11 keluarga) serta Kedah seramai 6,138 mangsa (1,946 keluarga).

“Perak dengan 319 mangsa (108 keluarga), Johor pula 1,082 mangsa (317 keluarga), serta Melaka iaitu 172 mangsa (44 keluarga).

“Sebanyak 216 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat petang ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI