fbpx

Mangsa banjir makin menurun kepada 56,813 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 56,813 mangsa banjir terdiri daripada 17,592 keluarga direkodkan pada pukul 5.30 petang ini, menurun berbanding pukul 1 petang tadi yang mencatatkan seramai 62,947 orang.

Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 39,223 mangsa banjir (12,676 keluarga) direkodkan di Kelantan.

Ia diikuti oleh Terengganu dengan 10,357 mangsa (2,671 keluarga), Pahang seramai 65 mangsa (14 keluarga) serta Kedah seramai 5,754 mangsa (1,823 keluarga).

“Perak dengan 214 mangsa (69 keluarga), Johor pula 1,032 mangsa (295 keluarga), serta Melaka iaitu 168 mangsa (44 keluarga).

“Sebanyak 202 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat petang ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI