fbpx

Mangsa banjir di Kedah dapat bantuan RM1,000 – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan bantuan wang tunai RM1,000 kepada mangsa terlibat banjir sejak Jumaat lepas bagi meringankan beban mereka terutama yang mengalami kerosakan harta benda.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, walau bagaimanapun pihaknya akan mengkaji semula mekanisme agihan bantuan wang tunai itu ekoran terdapat segelintir mangsa bertindak menipu untuk meraih lebih bantuan wang tunai tersebut.

“Hari ini kerajaan negeri putus untuk mempertimbangkan sumbangan Bantuan Sejahtera ini kepada semua mangsa banjir cuma mekanismenya kena dibangunkan semula.

“Sumbangan sebelum ini kita beri kepada yang berpindah ke pusat penempatan semula (PPS), jadi kita bagilah sumbangan itu RM1,000 kepada ketua isi rumah (KIR),” katanya pada sidang akhbar
selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI