fbpx

Liga Super: TFC ungguli ‘derbi’ Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Terengganu FC, Muhammad Alif Zakaria (dua dari kanan), meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Super 2024 menentang Kelantan Darul Naim, di Stadium Selayang, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Pasukan Terengganu FC (TFC) terus berusaha untuk memberi tekanan ke kelompok atasan Liga Super selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 2-1 dalam aksi di Stadium MP Selayang sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Kijang Emas selaku tuan rumah susulan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dalam proses baik pulih dikejutkan dengan gol pantas yang dialkukan oleh Muhammad Alif Zakaria seawal minit ke-11.

Pemain sensasi Sang Penyu, Safawi Rasid pula menggandakan kelebihan buat pasukan pelawat selepas menyudahkan hantaran pemain import, Nurillo Tukhtasinov pada minit ke-63.

Pasukan KDN FC berusaha untuk bangkit tetapi hanya merapatkan kedudukan hasil gol penalti yang dilakukan oleh Oday Ali Kharoub pada masa kecederaan dengan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut menyaksikan TFC kekal di kedudukan keempat Liga Super di belakang Sabah FC, Selangor FC dan JDT manakala KDN FC menduduki tangga ke-12 ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI