fbpx

Liga Super: Sabah FC dominasi ‘derbi’ Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain sensasi Sabah FC, Saddil Ramdani meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan sebentar tadi. - Foto ihsan Sabah FC

PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC melakar kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super untuk menewaskan Kuching City 2-1 pada aksi derbi Kepulauan Borneo sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Negeri, Kuching itu, skuad Sang Badak membariskan kesebelasan terbaik dengan Saddil Ramdani, Darren Lok dan Joao Pedro mengetuai jentera serangan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati pada 45 minit pertama dengan perlawanan dilihat agak seimbang.

Bersambung pada separuh masa kedua, tuah memihak kepada Sabah FC untuk meraih gol pertama hasil jaringan percuma yang dilakukan oleh Saddil pada minit ke-66.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad The Cats berusaha memperkemaskan jentera serangan dan asakan bertali arus membuahkan hasil apabila Zahrul Nizwan menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-82.

Namun, kegembiraan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tidak bertahan lama apabila Gabriel Peres meledak gol kemenangan buat Sabah FC berselang empat minit kemudian.

Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Sabah memintas kedudukan Selangor FC dengan menduduki tangga kedua liga ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN