fbpx

Lelaki OKU hilang di Kedah ditemui di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Zaman ditemui di perhentian bas ekspres di Kuantan, Pahang pada pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) lumpuh sebelah badan yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan di perhentian bas ekspres di Kuantan, Pahang pada pagi ini.

Menurut Latifah Ramli, adik ipar kepada OKU terbabit, Badrul Zaman Osman, 60, abang iparnya ditemui merayau di perhentian itu pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Selepas menerima perkhabaran itu kami sekeluarga bergegas ke Kuantan, Pahang untuk menjemputnya pulang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia sekeluarga masih tertanya-tanya bagaimana abang iparnya yang tinggal di Kampung Atap, Gurun itu boleh berada di Kuantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI