fbpx

Lebih 500 pelajar sertai Program STEM Untuk Semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azam (tiga kiri) pada Majlis Pelancaran Program Professor@School di UKM, hari ini.

BANGI – Lebih 500 pelajar sekolah menyertai ‘Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Untuk Semua’ (Professor@School) yang dianjurkan Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kesemua pelajar itu terdiri daripada 17 sekolah rendah dan menengah di Selangor, Melaka, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, program tersebut merupakan langkah proaktif KPM dalam usaha untuk memupuk kesedaran dan minat pelajar terhadap bidang STEM.

“Saya percaya, dengan menggalakkan penyertaan aktif pelajar melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat, kita dapat mendidik serta mencetuskan rasa ingin tahu yang lebih mendalam dalam kalangan generasi muda mengenai bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapn yang dibacakan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr. Mohd. Azam Ahmad sempena Majlis Pelancaran Program Professor@School di UKM, di sini hari ini.

Fadhlina berkata, dalam program itu, pelajar dibahagikan kepada 22 kumpulan projek STEM, yang diketuai oleh pakar, pensyarah dan penyelidik berpengalaman daripada pelbagai fakulti.

“Ia termasuk Pusat Kajian Pembudayaan STEM UKM, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains dan Teknologi, Institut Penyelidikan Tenaga Suria, Institut Perubahan Iklim, dan Institut Biologi Sistem (INBIOSIS),” ujarnya.

Tambah Fadhlina, program seumpama itu adalah penting dalam mendidik generasi muda agar lebih celik teknologi, berinovasi, dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI