fbpx

KPWKM sedia bantu Zahnita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPWKM bersedia menghulurkan bantuan khidmat nasihat dan kaunseling kepada Zahnita.

MELAKA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menghulurkan bantuan khidmat nasihat dan kaunseling kepada pelakon dan bekas peragawati, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya memandang serius kes berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.

Katanya, kementerian juga tidak mahu mengganggu siasatan polis selain memberi ruang kepada Zahnita untuk bertenang.

“Saya baru ketahui hal ini semalam dan dimaklumkan pihak polis sedang menjalankan siasatan. Jadi kita tidak mahu campur tangan.

“Kita hanya akan melakukannya jika dia (Zahnita) perlu (minta). Ini kerana jika mahu masuk campur perlu ada kesediaan di pihak mangsa,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Better Brighter Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN)-Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Hospital Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan kementeriannya memberikan sokongan kepada Zahnita.

Tambah Nancy, KPWKM sentiasa menggalakkan golongan wanita yang menjadi mangsa atau yang mengetahui kejadian seumpamanya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI