fbpx

Juara Sukan Olimpik alami kecederaan parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVENEPOEL mengalami kemalangan serius yang dilihat boleh menjejaskan persiapannya menghadapi tahun depan. - AFP

BRUSSELS – Persiapan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Remco Evenepoel untuk menghadapi musim 2025 dilihat mencabar selepas jaguh basikal Belgium tersebut terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan yang serius.

Pelumba berusia 24 tahun tersebut yang mewakili pasukan Soudal-QuickStep itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan semasa latihan berbasikal di Oettingen, Belgium semalam.

Kemalangan tersebut menyebabkan Evenepoel patah tulang rusuk, tulang belikat dan tangan selain mengalami mengalami lebam di bahagian paru-paru serta tulang selangka yang akan menjalani pembedahan secepat yang mungkin.

Pasukan Soudal-QuickStep mengesahkan perkara itu dan turut mendedahkan kemalangan tersebut turut menyebabkan basikal yang digunakan Evenepoel patah dua.

“Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati beliau turut mengalami lebam pada paru-parunya serta dislokasi tulang selangka yang memerlukan pembedahan.

“Remco (Evenepoel) juga mengadu sakit pada bahu dan tangannya. Doktor kami sedang merawatnya. Basikalnya patah dua, tetapi lebih baik basikalnya patah daripada lengannya.

“Kami harap Remco dirawat dengan baik dan segala-segalanya berjalan dengan lancar,” kata pengurus pasukan, Patrick Lefevere.

Jika pembedahan berjaya, Evenepoel dijangka dibenarkan keluar dari hospital dan memerlukan proses pemulihan lebih dari dua minggu sebelum rancangan latihan boleh disusun oleh pasukannya.

Evenepoel sebelum ini dijadualkan menyertai perlumbaan satu hari seperti Milan-San Remo pada Mac, Liege-Bastogne-Liege pada April, Giro d’Italia pada Mei dan juga Tour de France (TdF) pada Julai tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI