fbpx

‘Ini hadiah sempena Hari OKU Sedunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulfaqar Aslam.

PETALING JAYA – Seorang pelajar kelainan upaya, Zulfaqar Aslam yang menerima Anugerah Tokoh Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semalam menyifatkan anugerah yang diterimanya itu sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlangnya.

Menerusi hantaran di Tiktok, Zulfaqar berkongsi pencapaian ini dengan penuh rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sepanjang perjalanan hidupnya.

“Anugerah ini adalah rezeki daripada Allah SWT. Ini adalah anugerah untuk semua yang berada di sekeliling saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sentiasa membantu saya,” katanya.

Dalam pada itu, semalam juga merupakan Hari OKU Sedunia, dan bagi Zulfaqar, anugerah ini turut dirasakannya sebagai hadiah istimewa sempena hari tersebut.

“Semalam pun hari OKU, jadi saya rasa ini adalah hadiah juga untuk saya sempena Hari OKU Sedunia,” tambah Zulfaqar.

Perkongsian Zulfaqar ini mendapat perhatian ramai netizen yang terinspirasi oleh semangat dan ketabahannya serta memuji pencapaiannya.

“Tahniah Aslam. Teruskan bercita-cita tinggi. Jadikan anugerah itu sebagai pembakar semangat menjadi lebih cemerlang. Sambung sampai PHD okay. Boleh panggil Dr. Aslam,” kata Nour Fayyad.

“Lepas ni adik, masuk alam pekerjaan teruskan bagi kesedaran. Biarlah orang kata apa pun. Kalau adik tak bersuara, orang tak tahu, tak terima, tiada perubahan. Kongsilah isu sesuai. Semoga berjaya dan tahniah,” ujar Tvind. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI