PETALING JAYA – Ibu kepada pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin yang dikenali sebagai Zahura Abdul Mutalib menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Berita duka itu dikongsikan Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd. Zainuddin, 54, menerusi satu hantaran dalam akuan Instagram.
“Assalamualaikum. Mak saya baru sahaja meninggal dunia selepas subuh pagi ini. Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan berikan,” tulisnya.
Tambah Zarina lagi, jenazah ibunya akan dimandikan , disolatkan serta dikebumikan di Ipoh, Perak.
Berkongsi detik terakhir dia bersama arwah, kongsi Zarina dia sempat menghubungi ibunya malam tadi.
“Kali terakhir saya berbalas mesej dengan mak saya pada malam tadi sewaktu pulang dari penggambaran pukul 2.30 pagi,” kongsinya.
Zarina walau bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian ibunya. – KOSMO! ONLINE