PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd. Amin mengesahkan tidak pertahan ‘kerusi panas’ badan induk tersebut pada kongres pemilihan tahun depan.
”Saya tidak akan mempertahankan jawatan (pada kongres akan datang).
“Saya sudah (menjadi presiden) selama enam tahun setengah, jadi saya rasa sudah cukup dan memberi peluang untuk muka baharu memimpin badan induk yang besar ini,” kata Hamidin pada sidang media selepas Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.
Sebagai rekod, Hamidin telah dipilih menjadi Presiden FAM pada 2018 untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE