fbpx

EPL: Magalhaes legakan resah kem Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGALHAES meledak satu gol ketika Arsenal menewaskan West Ham percaya mampu pulih daripada kecederaan untuk berdepan United awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes memberi bayangan bahawa dia mampu cergas untuk beraksi pada perlawanan menentang Manchester United di Emirates awal pagi esok.

Pemain tersebut dikeluarkan pada babak kedua ketika Arsenal menewaskan West Ham 5-2 dipercayai akibat mengalami kecederaan otot sejak aksi menentang Sporting Lisbon pada saingan Liga Juara-Juara.

Biarpun dipercayai beraksi dalam kesakitan, Gabriel berjaya meledak gol pembukaan pada aksi tersebut sebelum pasukan perubatan Arsenal membuat keputusan mengeluarkannya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Tiga mata dan kami akan terus berjuang. Terima kasih atas sokongan para peminat. Kita jumpa nanti pada Rabu (awal pagi Khamis),” katanya menerusi laman Instagram.

Perkembangan itu melegakan para peminat ketika khidmat Gabriel sangat ditagih untuk menghalang jentera serangan United selain dua lagi rakan sepasukan, Mikel Merino dan Thomas Partey juga berdepan isu kecederaan lutut dan otot.

Dalam pada itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta memberi gambaran kemungkinan akan menggunakan khidmat pemain sayap pinjaman, Raheem Sterling pada perlawanan itu nanti biarpun prestasinya menjadi persoalan.

Musim ini menyaksikan Sterling hanya beraksi 146 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan hanya mampu menjaringkan satu gol ketika aksi menentang Bolton pada saingan Piala Liga Inggeris.

“Saya mahu melihat sesuatu yang istimewa daripadanya dan apa yang dihadapinya ketika ini adalah tanggungjawab saya. Dia sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik. Komitmen dan penglibatannya bersama pasukan sangat luar biasa.

“Sekarang ini bergantung kepada saya untuk yakin bahawa dia mampu menyinar dan ia pasti peluang terbaik untuknya mengembalikan semula detik terbaik kariernya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI