fbpx

Emmett Butterfingers pilih Nadira Hanum sebagai isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emmett mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nadira Hanum Akbar Shah 1 Disember lalu.

PETALING JAYA – Vokalis Butterfingers, Emmett mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nadira Hanum Akbar Shah 1 Disember lalu.

Emmett atau nama sebenarnya, Emmett Roslan Ishak, 47, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran sekeping gambar dalam Instagramnya.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen yang disertai emoji sebentuk cincin.

Menerusi foto itu, terserlah wajah gembira pasangan pengantin yang menggayakan persalinan sedondon serba putih.

Begitupun, penyanyi dan komposer terbabit tidak memperincikan butiran majlis pernikahan mahupun resepsi mereka.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan serta peminat Butterfingers menitipkan ucapan tahniah atas hari bahagia mereka.

“Tahniah daripada Popshuvit dan EAR,” tulis laman rasmi kumpulan Popshuvit.

“Alhamdulillah, semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat,” kata seorang kenalan.

Pasangan pengantin turut merakamkan momen hari bersejarah mereka bersama rakan terdekat di masjid yang dipercayai lokasi pernikahan mereka.

“Selamat pengantin baru Emmett Roslan Ishak. Semoga inderaloka berkekalan bahagia ke anak cucu,” tulisnya.

Sebelum ini Emmet pernah mendirikan rumah tangga dengan wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Inggeris dan dikurniakan dua cahaya mata.

Begitupun, pasangan terbabit menyimpan kemas kehidupan peribadi mereka bersama anak-anak.

Dia juga pernah berhijrah ke Kanada bersama keluarganya pada 2003 selama enam tahun bagi menyambung pengajian sebelum kembali ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI