fbpx

Dua sarang scammer ‘call centre’ digempur, 71 lelaki diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kegiatan dua kumpulan sindiket penipuan dalam talian yang menjadi ruangan pejabat di Iskandar Puteri di sini untuk dijadi ‘sarang’ pusat panggilan tumpas apabila dicekup polis dalam serbuan 27 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya memberkas 18 lelaki warga asing berusia antara 18 hingga 44 tahun.

Menurutnya, mereka diberkas kerana menjalankan aktiviti ‘calling centre’ perjudian dalam talian.

“Dalam serbuan itu, polis merampas beberapa peralatan antaranya, 27 unit telefon bimbit, komputer riba (18), monitor (12), modem jalur internet (3), papan kekunci (2) dan masing-masing satu iPad dan Mac mini bernilai RM80,000.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini baharu bergiat aktif sejal awal November lalu,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumar berkata, dalam serbuan kedua pula, pihaknya berjaya menahan 53 individu terdiri daripada 36 warga tempatan termasuk 18 wanita serta 17 lelaki warga asing berusia antara 22 hingga 52 tahun.

Katanya, sindiket yang dikesan bergiat aktif sejak Oktober lalu menjalankan aktiviti pusat panggilan penipuan tawaran kerja tidak wujud di luar negara dengan menyasarkan mangsa dari Rusia dan India.

Menurutnya, mereka menjalankan modus operansi secara dua lapisan iaitu pada lapisan pertama sebagai pegawai khidmat pelanggan dan kemasukkan data.

“Mereka akan menghantar mesej menggunakan aplikasi telegram ke talian luar negara dengan tawaran pendapatan antara USD100 hingga USD800 (RM449.69 hingga RM3,573.59).

“Mereka hanya meminta maklum balas berkaitan nama, umur dan negara daripada mangsa dan lapisan kedua pula akan berkomunikasi dengan mangsa untuk menawarkan kerja tidak wujud terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka direman sehingga hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, kesemua 18 suspek kes pertama sedang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini manakala 53 individu dalam kes dua diarahkan siasatan lanjut dijalankan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI