fbpx

Dua sahabat tolak pelawaan naik kenderaan, mahu berjalan menuju Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Al-Bukhari (dua dari kanan) bersama Mohamad Azizul (kiri) berjalan kaki menuju ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun hadapan. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – “Mahu meraikan orang ramai di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, justeru tak akan naik kenderaan sepanjang berjalan ke sana”.

Demikian kata Mohamad Al-Bukhari Ellia, 26, dan Mohamad Azizul Abdullah, 34, mengenai tindakan menolak pelawaan menaiki kenderaan daripada orang ramai dalam misi mereka berjalan kaki ke Mekah, Arab Saudi.

“Ramai yang mempelawa untuk tumpangkan sampai ke tempat persinggahan tapi kami terpaksa menolak, bukan kerana sombong tapi sebenarnya niat kami berjalan kaki di sepanjang laluan hingga ke pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam kerana ingin meraikan orang ramai yang memberikan sokongan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, sebanyak RM90,000 diperlukan bagi mendapatkan visa untuk mereka berdua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI