fbpx

Calon SPM maut dalam perjalanan ambil ujian lisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIB meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di anggota badan.

JASIN – Hasrat seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil ujian lisan tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Adib Irfan Mohd. Nizam, 17, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC sedang dalam perjalanan dari arah Umbai menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum untuk menduduki peperiksaan.

“Setiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan. Impak pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI