fbpx

Bomba Terengganu siap sedia hadapi luruan hujan Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Mahathir (dua dari kiri) memeriksa perbarisan di Pejabat JBPM Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi luruan hujan yang membawa risiko banjir mulai Ahad ini.

Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, pihaknya telah menyusun keperluan logistik dan sumber manusia bagi memastikan kelancaran operasi penyelamatan sekiranya banjir menjadi semakin serius ekoran luruan hujan berkenaan.

“Kita mempunyai kekuatan 624 anggota bomba dengan dibantu hampir 300 anggota sukarela dan bomba bantuan yang bersedia memberi perkhidmatan.

“Kekuatan aset juga telah ditambah dengan sebahagiannya dipinjamkan daripada Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur Wakaf Tapai, Marang,” katanya di Pejabat JBPM Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas melapor diri hari pertama sebagai Pengarah JPBM Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Nor Mahathir berkata, setakat ini, pihaknya telah melakukan empat operasi menyelamat mangsa lemas di negeri ini sepanjang tempoh musim tengkujuh.

“Saya memohon kerjasama masyarakat agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan peningkatan paras air di kawasan rumah masing-masing.

“Cepat berpindah ke tempat selamat dan hindari kawasan ditenggelami banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI