fbpx

Bekas MB Perlis diperintah bayar iddah RM12,850

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sova dan Azlan

BANGI – Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini hari ini memerintahkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man membayar nafkah iddah kepada bekas isterinya, Sova Ali sebanyak RM12,850.

Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Sova selaku plaintif berkata, Hakim Syarie Umamuddin Yunus turut mengarahkan Azlan, 65, membayar nafkah iddah itu dalam dua kali bayaran selewat-lewatnya pada 30 Januari tahun depan.

“Sebelum ini anak guam memohon sebanyak RM20,700 daripada Azlan selaku defendan, namun mahkamah membenarkan jumlah berkenaan (12,850),” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, Sova yang juga warga Indonesia itu diwakili peguam syarie, Siti Hajar Mohd. Khusairi, manakala Azlan diwakili peguam syarienya Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff.

Berdasarkan tuntutan nafkah iddah, pasangan ini telah bernikah dengan kebenaran mahkamah pada 21 Mac 2010 Jakarta Timur, Indonesia.

Mereka kemudiannya disahkan bercerai di luar dan tanpa kebenaran melalui suatu prosiding kes di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ia apabila mahkamah telah mensabitkan lafaz talak satu raji’e tersebut sah mengikut hukum syarak pada 23 April 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI