fbpx

Bapa tidak mengaku bersetubuh, amang seksual anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAWAL keselamatan (kiri) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak kandungnya.

KUALA KANGSAR – Seorang pengawal keselamatan berdepan hukuman penjara sehinggga 30 tahun dan sebatan apabila dituduh di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya di sebuah rumah di Lenggong, tahun lalu.

Tertuduh berusia 52 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada sembilan anak itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuan berusia 15 tahun di mana perhubungan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai untuk berkahwin dengan kanak-kanak itu.

Pada prosiding sama, tertuduh turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya dengan cara memegang alat sulit di lokasi sama pada April lalu dan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI