fbpx

Banjir di Kelantan semakin pulih, jumlah mangsa terjejas menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Syazwan Usman, 23, membersihkan barangan jualan di premisnya yang tenggelam akibat banjir petang semalam. FOTO ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

KOTA BHARU – Banjir gelombang pertama di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini menurun kepada 43,745 orang berbanding 57,005 pada petang semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daripada jumlah itu, seramai 13,310 mangsa pulang ke rumah masing-masing meskipun hujan renyai-renyai sejak malam tadi.

Menurutnya, 96 buah PPS masih dibuka yang menempatkan 13,999 keluarga dari enam daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah.

“Pasir Mas kekal mencatatkan mangsa banjir paling ramai dengan 22,441 orang diikuti Tumpat (20,556), Kota Bharu (403), Bachok (243), Tanah Merah (55) dan Pasir Puteh (47),”katanya.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih menunjukkan bacaan bahaya, namun menunjukkan trend menurun.

Sungai-sungai utama di Kelantan masih berada pada paras normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN