fbpx

Ais Lautan Artik diramal mencair sepenuhnya pada 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Lautan Artik. - Foto AFP

STOCKHOLM – Satu kajian baharu Universiti Gothenburg, Sweden mendapati bahawa kawasan Artik di Kutub Utara diramal ‘bebas’ ais dalam tempoh tiga tahun akan datang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pada hanya 4.27 juta kilometer persegi, liputan minimum ais di lautan tersebut tahun ini sudah jauh berada di bawah purata pada tahun 1979 hingga 1992 iaitu seluas 6.86 juta kilometer persegi.

Justeru, saintis-saintis memberi amaran bahawa musim panas pertama yang mencairkan sepenuhnya semua ais Lautan Artik dijangka berlaku menjelang 2027.

Menggunakan 300 simulasi komputer, sekumpulan saintis meramalkan bahawa hari tanpa ais pertama Artik akan berlaku dalam tempoh sembilan hingga 20 tahun, tanpa mengira bagaimana manusia mengubah pelepasan gas rumah hijau mereka.

Sembilan daripada 300 simulasi komputer bagaimanapun mencadangkan bahawa keadaan itu boleh berlaku dalam tempoh tiga tahun, tanpa mengira bagaimana manusia bertindak dari sekarang.

Menurut penulis utama kajian tersebut, Dr. Celine Heuze, ketika itu, Lautan Artik akan dapat menyerap lebih banyak haba daripada biasa.

Katanya, ketiadaan ais boleh memberi kesan ketara kepada ekosistem dan iklim Bumi dengan mengubah corak cuaca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI