fbpx

Ahmad Syaradhi dituduh pecah amanah, pengubahan wang haram 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Syaradhi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah bernilai RM315,500 yang didakwa dilakukannya pada 2022 dan 2023.

Tertuduh, Ahmad Syaradhi Mohd. Nor, 51, turut membuat pengakuan sama atas enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM184,486, juga pada tahun sama.

Dia membuat pengakuan tersebut sebaik ketujuh-tujuh pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Bagi pertuduhan pecah amanah, tertuduh didakwa telah diamanahkan dengan wang deposit keselamatan berjumlah RM315,500 untuk membuat pembayaran balik pembiayaan pemfaktoran bagi syarikat MT Agrofood Industries Sdn. Bhd. bagi diserahkan kepada Ikhtiar Factoring Sdn. Bhd.

Dia bagaimanapun didakwa dengan curangnya telah menggunakan wang tersebut bagi keperluan peribadi melalui akaun Maybank atas nama syarikat Jaring Pelangi Trading yang dimiliki isterinya.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Maybank Berhad, Jalan Pandak Mayah di Kuah, Langkawi dekat sini antara 1 November 2022 dan 25 Julai 2023.

Sementara itu di mahkamah sama, Ahmad Syaradhi turut berdepan enam pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI