fbpx

ACL2: Selangor FC harap keajaiban untuk mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kinoshi terdesak untuk memburu kemenangan pertama bersama Gergasi Merah sejak bergelar ketua jurulatih minggu lalu. - Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC mengharap tuah dalam usaha lolos ke pusingan kalah mati menjelang aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Cebu FC di Stadium Rizal Memorial, Manila esok.

Skuad Gergasi Merah bukan sahaja wajib menang, tetapi turut mengharapkan Muangthong United tidak berjaya mengalahkan Jeonbuk Hyundai Motors jika mahu berada dalam kelompok dua kelab terbaik Kumpulan H.

Malah, pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi turut berdepan tekanan hebat untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat penyokong selepas tewas dua aksi berturut-turut sebelum ini.’

Jurulatih import dari Jepun itu gagal dalam dua ujian awal bersama Gergasi Merah selepas tewas 1-2 kepada Muangthong United dan Sri Pahang pada minggu lalu sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.

Menurut Kinoshi, pasukannya sudah belajar dari dua kekalahan itu untuk bangkit pada aksi seterusnya terutama bagi perlawanan menentang Cebu.

“Kami akan membuat penilaian dari dua perlawanan itu untuk menunjukkan perbezaan dan perlawanan seterusnya di Manila menentang Cebu.

“Saya belum dapat memberikan kemenangan yang diharapkan oleh penyokong dalam dua perlawanan terakhir ini, tetapi saya ingin semua tahu bahawa ini bukanlah pengakhiran.

“Semestinya kami belajar, berkembang dan menggunakan pengalaman ini untuk membina konsisten dan memperbaiki diri untuk perlawanan seterusnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI