fbpx

18 warga China dalang tipu judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA warga China dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan terlibat dalam sindiket penipuan judi dalam online.

JOHOR BAHRU – Seramai 18 lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadi sindiket penipuan judi dalam talian tidak wujud, akhir bulan lalu.

Bagaimanapun, kesemua suspek mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, kesemua mereka secara bersama-sama telah melakukan perbuatan menyalahi undang-undang dengan mengadakan satu aplikasi mesin judi.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Forest City 1, Lebuhraya Tanjung Pelepas, Gelang Patah kira-kira pukul 12 tengah hari, 27 November lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin warga tempatan, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis sebulan sekali.

Majistret turut menetapkan tarikh 9 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Latif manakala semua tertuduh diwakili peguam, Nur Helmi A. Halim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI