fbpx

14,294 mangsa banjir masih terjejas di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir mula membersihkan rumah di Kampung Nyatoh, Setiu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai 14,294 mangsa daripada 3,580 keluarga masih terjejas banjir di Terengganu.

Mereka kini berlindung di 59 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di seluruh negeri ini kecuali Besut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Nerus merupakan daerah paling terjejas dengan 6,366 mangsa daripada 1,665 keluarga berada di 15 PPS.

“Seramai 4,594 mangsa daripada 1,111 keluarga masih menghuni 20 PPS di Dungun.

“Sebanyak tujuh yang mempunyai 466 mangsa daripada 121 keluarga beroperasi di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Marang mempunyai 186 mangsa daripada 43 keluarga di tiga PPS.

Beliau berkata, seramai 158 mangsa daripada 28 keluarga pula berada di empat PPS di Setiu.

“Hanya satu PPS dibuka di Kemaman iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh yang dihuni 13 mangsa daripada empat keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI