fbpx

10 individu dirakam keterangan kes juruwang restoran mati ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes juruwang wanita warga China ditikam sehingga mati di sebuah pusat beli belah di Cheras, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya sedang mengesan suspek utama bagi kes tersebut.

“Sehingga kini, motif pembunuhan belum dapat dipastikan kerana masih lagi dalam siasatan,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa yang juga wanita berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia dipercayai akibat beberapa kesan tikaman menggunakan senjata tajam.

Kejadian yang dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 4 petang itu menyebabkan mangsa mengalami empat hingga lima kesan tikaman pada badannya.

Senjata yang digunakan dalam kejadian itu juga belum ditemui dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan.

Tujuh suspek yang merupakan rakan sekerja mangsa sudah ditahan untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk bedah siasat.

Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI