fbpx

Zalim kalau tak sediakan keperluan anak – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA berharap ramai ibu bapa dapat merancang kewangan dengan lebih teliti buat anak-anak.

PETALING JAYA – Sedar keadaan ekonomi negara, pengacara Uyaina Arshad mengakui kos membesarkan anak ketika ini agak mahal.

Meskipun begitu, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, menegaskan ibu bapa perlu menyediakan keperluan asas lengkap kepada darah daging mereka.

Anak bukan murah, zalim sekiranya kita tak berikan keperluan asas untuk anak-anak,” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama Love Elsa itu turut menasihati ibu bapa agar merancang kewangan dengan teliti demi masa depan anak mereka yang juga amanah Allah.

“Bila dah jadi ibu bapa, rancang kewangan dengan betul,” ujarnya lagi.

TANGKAP layar InstaStory Uyaina Arshad.

Perkara tersebut dikongsikan Uyaina selepas melihat berita tentang anggaran kos keperluan asas dalam membesarkan seorang bayi pada 2025 lebih RM15,000.

Dalam pengiraan tersebut, kos yang diambil dikira adalah lampin pakai buang, susu formula, pakaian, kereta sorong, katil, vaksin, pemeriksaan kesihatan dan peralatan lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI