PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Khairul Aming tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan isu pengagihan bantuan yang diedarkan oleh pihaknya di pusat pemindahan sementara (PPS) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Menurut siaran langsung di TikTok Khairul Aming, terdapat aduan yang diterima mengenai individu yang didakwa memunggah barang bantuan sehingga ada mangsa banjir hanya menerima sedikit sumbangan.
Bagaimanapun, pihaknya menegaskan bahawa mereka tidak dapat mengambil tindakan kerana tiada bukti, saksi atau maklumat terperinci mengenai insiden tersebut.
“Pihak kami hanya menjalankan tugas untuk menghantar bantuan ke lokasi yang ditetapkan. Selepas selesai menghantar, kami terus bergerak ke lokasi lain dan tiada seorang pun pihak kami berada di tempat kejadian sewaktu pengagihan dilakukan,” jelasnya dalam siaran langsung tersebut.
Tambahnya lagi, pihak mereka tidak mahu terlibat dalam perkara yang boleh menjurus kepada fitnah tanpa fakta yang kukuh.
“Kami tidak boleh terus mempercayai video atau aduan yang diterima tanpa bukti dan saksi yang jelas. Oleh itu, sesiapa yang terlibat atau menyaksikan kejadian itu disarankan untuk membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@syaz_aa ni penjelasan KA isu ada org dekat pps buka barang gapa semua tu & ada mangsa banjir yang dapat barang makanan sedisikit saja.. #luxurygarden #KA #khairulaming #khairulamingfans #tolongmangsabanjir #kelantan #fpyシ #fypage #banjir2024 ♬ original sound – syaz_aa