PETALING JAYA – Tular di media sosial kejadian bencana banjir di Bachok, Kelantan apabila air bah di kawasan berkenaan bertukar menjadi merah.
Menerusi perkongsian di TikTok Azam Jusoh, memaparkan situasi tersebut di pekarangan rumahnya dekat Kampung Telaga Bata, kelmarin.
Menurut pemilik video berdurasi sembilan saat itu, kejadian itu berpunca akibat pencemaran pewarna sos dari sebuah kilang berhampiran.
Justeru, rata-rata meluahkan kebimbangan sekiranya kejadian bah merah berulang kembali di negeri itu.
“Harap bah merah tidak berulang kembali,” kata jiwamuda.
“Ini macam kejadian bah merah,” ujar Sue.
Untuk rekod, air bah merah merujuk kepada bencana banjir besar yang pernah melanda Kelantan pada tahun 1926.
Ia dikatakan berlaku apabila air bah bercampur dengan air pasang menyebabkan ia bertukar menjadi merah.
Setakat ini, banjir gelombang pertama di Kelantan semakin pulih apabila seramai 34,200 mangsa sudah pulang ke rumah mereka susulan cuaca semakin baik di kebanyakan kawasan di negeri itu sejak semalam. – KOSMO! ONLINE
@azamjusoh♬ Musim Hujan ( Do’a ) – gondrong