fbpx

‘Terima kasih sudah mencintai saya seadanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNGA mengakui keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Tiko setahun lalu bukan perkara mudah untuk dilakukannya.

PETALING JAYA – Sempena ulang tahun perkahwinan pertama, penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari menitipkan ucapan terima kasih buat suami tercinta, Tiko Aryawardhana kerana menerima dirinya seadanya.

Bunga, 41, mengakui mendirikan rumah tangga setahun yang lalu bukan satu perkara mudah untuk direalisasikan oleh mereka berdua.

“Setahun yang lalu, memberanikan diri untuk utk memulakan perjalanan baharu. Bukanlah keputusan yang mudah, banyak dipertimbangkan.

“Sama-sama bukan yang pertama, menyedari bahawa menjalani pernikahan bukanlah hal yang mudah.

“Saling memahami kalau ini bukanlah cerita fantasi dan ini akan penuh dengan perjuangan,” katanya dalam Instagram.

Tambah pelantun lagu Ingkar itu, dalam tempoh setahun, banyak yang sudah dilalui bersama Tiko dan semua itu membuatkan mereka semakin mengenali antara satu sama lain.

“Setahun ini, kita jalani dengan apa adanya. Dengan suka citanya, turun naik dan dipenuhi cinta.

“Setiap hari kita semakin mengenal antara satu sama lain semakin dalam selain memutuskan untuk menjalani bersama walau apa pun badai yang datang,” ujarnya.

Katanya lagi, meski perkahwinan mereka baru berusia setahun, namun layak untuk diraikan selepas melalui perbagai ujian bersama.

“Perjalanan ini mungkin baru, tetapi layak untuk dirayakan. Selamat ulang tahun perkahwinan suami.

“Terima kasih sudah bersama untuk saya, memberi kebahagiaan.

“Terima kasih sudah mencintai aku seadanya. Saya cintakan awak, terima kasih menjadi diri awak seadanya,” katanya lagi.

Terdahulu, Bunga dan Tiko yang juga seorang duda selamat melangsungkan di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia, pada 2 Disember tahun lalu.

BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair kini berusia 13 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI