fbpx

Taman permainan mesra OKU pertama di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMAN permainan pertama khusus untuk kanak-kanak OKU dibina di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka.

MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membina Taman Permainan Kanak-kanak Interaktif Sejagat khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) termasuk anak autisme yang pertama di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, kemudahan alat permainan yang dibina adalah berkonsepkan mesra OKU dan dijamin lebih selamat.

Katanya, set permainan juga mesra kanak-kanak autisme yang hipersensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan dan bunyi.

“Taman ini adalah yang pertama dibina di negeri ini dilaksanakan oleh MBMB serta mendapat peruntukan RM500,000 daripada Jabatan Landskap Negara (JLN).

“Alat permainan yang dibina berkonsepkan interaktif dapat membantu mengembangkan dan meningkatkan kemahiran fizikal dan mental serta merangsang pemikiran golongan ini.

“Sebagai contoh buaian untuk golongan OKU membolehkan mereka menaikinya walaupun berkerusi roda,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian di Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI