fbpx

9 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Di Kedah, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak pula di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim.

“Bagi Pahang, cuaca buruk dijangka melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, dan Temerloh, sementara di Johor pula di Tangkak dan Muar,” kata kenyataan itu.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), serta Miri (Subis, Beluru, Miri, dan Marudi).

Dalam pada itu, seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang termasuk Jerantut dan Kuantan turut menerima amaran cuaca buruk yang dijangka berlaku dari pukul 2 petang hingga 7 malam hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI